Sukma 2026: Final ‘panas’ Johor-Selangor rebut ibu emas

21 Aug 2026 • 3:32 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukma 2026: Final ‘panas’ Johor-Selangor rebut ibu emas

PETALING JAYA – Pasukan Johor memulakan perang psikologi apabila sedia untuk kecewakan tuan rumah, Selangor menjelang aksi final bola sepak lelaki temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2026 di Stadium MB Petaling Jaya, malam esok.

Ketua jurulatih skuad SUKMA Johor, Pedro Collado Celda mengakui anak buahnya sudah memberikan persembahan luar biasa ketika menewaskan Perak 4-0 dalam aksi separuh akhir, semalam.

Menurutnya Celda , kemenangan itu membuktikan keupayaan pemain Johor untuk kekal tenang sebelum menghasilkan jaringan pada waktu yang tepat.

“Prestasi (menentang Perak) sangat luar biasa. Bukan mudah untuk membuka jaringan, tetapi amat bagus apabila kami berjaya menjaringkan gol pertama pada waktu yang tepat.

“Secara keseluruhan, saya sangat gembira kami berjaya melangkah ke perlawanan akhir.

“Selepas itu kami akan mula membuat persiapan untuk perlawanan final (menentang Selangor).

“Kami tahu Selangor adalah pasukan yang bagus, tetapi kami juga tidak kurang hebatnya dan cuba untuk bawa pulang pingat emas ke Johor,” katanya.

Sementara itu, pengendali Selangor, I. Arulchelvan turut memasang impian untuk membawa pulang emas, namun mengakui beberapa kelemahan perlu segera diperbaiki sebelum bertemu Johor.

“Banyak benda yang perlu diperbaiki sebab semuanya pemain muda. Mereka ada banyak ruang untuk tingkatkan persembahan.

“Walaupun dalam tempoh singkat ini, kami akan cuba buat sesuatu yang baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Sukma 2026: Final ‘panas’ Johor-Selangor rebut ibu emas appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved